Wednesday 13 April 2011

HURAIKAN KESAN-KESAN KOLONIALISME DI SIAM

1.0 Pendahuluan

Kekayaan hasil bumi Siam  telah menarik minat kuasa asing berniaga di siam. Pemerintahan Raja Rama III dapat dilihat sebagai tahun terakhir zaman tradisional Siam dan permulaan kedatangan Barat ke Siam. Selepas kemangkatan  Raja Rama 111 , telah membuka peluang kuasa asing membuat perjanjian dengan pemerintah baru iaitu Raja Mongkut. Disini bermulalah kolonialisme Barat ke atas  Siam .Kolonialisme  Siam berbentuk perjanjian , kolonialisme ini telah memberi kesan  kepada aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.0 Politik

2.1       Perdagangan bebas.
Raja Mongkut menyedari kuasa-kuasa Barat lebih berkuasa daripada kuasa-kuasa Timur. Pengalaman yang dilalui oleh Myammar, China dan Vietnam telah menyedarkan Mongkut kesan sekiranya kuasa Timur cuba menentang kuasa Barat dan dengan itu Mongkut berusaha untuk bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dengan itu, Mongkut telah menamatkan dasar isolasi (dasar tutup pintu) kepada dasar buka pintu dengan membuat Perjanjian Bowring  pada 18 April 1855 [1]dengan British dan bermulalah Kolonialisme Barat ke atas Siam.

2.2       Hubungan diplomatik dengan kuasa barat
 Kesan daripada Perjanjian Bowring ,Mongkut menggalakkan negeri-negeri  Barat yang lain membuat perjanjian yang sama coraknya dengan Perjanjian Bowring dengan tujuan  untuk mengurangkan pergantungan Siam kepada British . Pada tahun 1856, Siam telah menandatangani perjanjian perniagaan dan persahabatan dengan Amerika dan  Peranchis , dan seterusnya membuat perjanjian dengan negeri Eropah.[2] Zaman pemerintahan Chulalongkorn juga mengadakan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat dengan mengadakan hubungan dengan pemimpin Barat. Baginda  juga mengadakan lawatan ke Eropah dan merupakan Raja Siam pertama yang melawat Eropah pada tahun 1897 dan 1907. Dalam pentadbirannya Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan Barat bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat. Ekoran itu, baginda sanggup menyerahkan hak wilayah asingan Siam kepada kuasa luar. Contohnya Siam menyerahkan wilayah Tongking Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai kepada Peranchis pada tahun 1888. Walaupun telah kehilangan banyak wilayah asingannya kepada kuasa luar, namun langkah ini telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam[3].

2.3       Sistem pentadbiran
Kesan Kolonialisme Barat telah memberi perubahan dalam pentadbiran di Siam yang mana Raja Mongkut  telah mengubah corak pentadbirannya dengan mengikut sistem pentadbiran Barat, pada waktu pemerintahan baginda, seramai 84 orang Eropah diambil berkhidmat dengan baginda dan menasihati kerajaan.[4] Antaranya ialah pegawai-pegawai tentera, seorang pengajar dalam istana, seorang ketua dalam pelabuhan, pengarah rumah kastam dan ketua polis.  Ini kerana pegawai-pegawai Siam tidak ada yang terlatih dalam bidang teknik atau pengalaman yang betul dalam pentadbiran.[5]Setelah Chulalongkorn mengambil alih pentadbiran, beliau turut membuat pembaharuan dalam bidang politik dengan membuat pembaharuan berdasarkan idea Barat. Dengan ini, baginda  telah mempercepat dan memperluaskan pembaharuan yang telah dilakukan semasa pemerintahan Mongkut. Chulalongkorn telah membangunkan semula institusi kerajaan yang berkuasa mutlak dan yang mempunyai kedudukan sebagai sumber kuasa dalam pentadbirannya. Beliau juga memodenkan pentadbiran dengan menubuhkan 2 buah majlis iaitu Majlis Penasihat Tertinggi Negeri yang dinaggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat Rendah Negeri yang dinggotai pegawai kerajaan. Dengan ini beliau berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 april 1892 dengan menghapuskan struktur pentadbiran lama dengan menggantikannya dengan 12 kementerian.[6]


2.4       Perundangan
Negeri Siam masih lagi  mundur dalam tahun1868, dan belum lagi bersedia untuk menerima perubahan yang mendadak seperti meniru Eropah dalam soal perkhidmatan awam . Chulalongkorn berpendapat bahawa tidak ada undang-undang yang tetap di negara ini. Penyusunan semula dalam segi pentadbiran kehakiman dijalankan yang mana telah meminta beberapa peguam dari Belgium menjadi penasihat hakim-hakim di Siam.[7] Ini jelas menunjukkan  kolonialisme barat telah memberi kesan kepada perundangan di Siam.

3.0       Ekonomi

3.1       Pertanian
Kesan daripada Perjanjian Bowring telah memberi kesan yang baik dalam perkembangan bidang pertanian terutamanya dalam penanaman  padi dan beras menjadi bahan eksport utama  di Siam[8].  Kerajaan Siam memperkenalkan beberapa langkah untuk menggalakkan petani dan pesawah menanam lebih banyak padi. Misalnya, langkah mengurangkan cukai tanah sawah dan meninggikan harga beras di pasaran dalam negeri. Kesan ini telah mengubah sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi komersial.

3.2       Kewangan
Perkembangan perniagaan di Siam  kesan daripada Perjanjian Bowring , memperlihatkan keperluan wang tunai dalam urusan perniagaan negara. Mongkut membina sebuah kilang duit pada tahun 1860 dan dari 1861 telah mengeluarkan duit-duit yang leper sebagai mengantikan gumpalan –gumpalan emas atau perak yang digunakan sebelum ini dan membantu perkembangan ekonomi  dan kewangan negara. Pembaharuan turut dilakukan oleh Raja Chulalongkong yang mana telah menubuhkan Jabatan Kira-Kira Diraja atau Jabatan Audit bagi melincinkan lagi proses kutipan cukai dan mengelakkan berlakunya penyelewengan wang kerajaan. Hasilnya, belanjawan Siam yang pertama dapat dikeluarkan. Tambahan lagi, Chulalongkorn adalah raja Siam yang pertama yang membezakan antara takhta dan negara. Beginda mengadakan perbezaan antara harta diraja dengan harta negara. Baginda juga mengikhtiraf hak rakyat unutk mendapatkan tanah dan penubuhan sistem hak hakmilik.[9] Penubuhan bank-bank asing seperti bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan bank Peranchis pada tahun 1987. Dua buah bank perniagaan besar yang pertama di negera itu ialah Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation yang membuka cawangannya di Bangkok dallam tahun 1888 dan Chartered Bank of India, Australia dan China yang menyusul dalam tahun 1984.[10]

3.3       Cukai
Sebelum menandatangani Perjanjian Bowring cukai import dan eksport Siam adalah tinggi , setelah termetrinya Perjanjian Bowring  kadar cukai eksport dan import  Siam adalah rendah,  kesannya pendapatan kerajaan merosot, terutamanya beberapa tahun sebelum Siam dapat  menyesuaikan ekonominya dengan keadaan yang baru.[11] sistem cukai juga turut dikemaskinikan selepas menandatangani Perjanjian Bowring . Penetapan cukai import telah ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%. Dengan penetapan cukai ini, ianya dapat menarik minat pedagang dari Barat untuk berdagang di Siam.  Siam terpaksa mengikut rentak Barat bagi mengekalkan kemerdekaan Siam.

4.0       Sosial

4.1       Penghapusan adat dan perubahan sistem sosial
Sebelum era pemerintahan raja Mongkut, rakyat dilarang memandang dan  memakai baju  semasa berhadapan dengan raja  dan amalan menjual isteri dan anak menjadi kebiasaan pada masa itu[12]. Perubahan telah berlaku setelah raja Mongkut menaiki takhta , beliau menyuruh khunnang memakai baju semasa menghadap raja , membenarkan rakyat melihat muka baginda dan mengisytiharkan undang-undang melarang seorang lelaki menjual isteri dan anaknya menjadi hamba tanpa persetujuan isteri atau anak terlebih dahulu[13].  Ini menyekat kuasa Barat untuk masuk campur dalam adat resam  yang difikirkan tidak bertamadun. Kesan kolonialisme barat ke atas Siam telah memberi kesan keatas susun lapis masyarakat  di Siam yang mana raja merupakan lapisan  yang teratas dan hamba merupakan lapisan yang paling bawah . Setelah pengaruh Barat masuk ke Siam sistem sosial berubah yang mana tiada lagi lapisan hamba di Siam.

4.2       Pengkhususan perkerjaan
Raja Mongkut melihat jalan perhubungan di Siam amatlah teruk ini kerana raja-raja sebelumnya jarang  meninggalkan istana dan melawat keadaan rakyatnya. Walaupun jalan dibina , tetapi keadaanya tidak memuaskan kerana ia  dibina oleh golongan petani yang dikerah tenaga maka Mongkut telah mengenepikan sistem ini dan mengambil buruh-buruh  khas dan diberi gaji. Mongkut melihat perlunya pengkhususan kerja ini kerana petani dapat menumpukan sepenuhnya di sawah mereka tanpa gangguan dan dapat menambahkan lagi pengeluaran beras di negeri Siam. Walaubagaimanapun, penghapusan sistem buruh paksa ini tidak berjaya. Namun, Mongkut telah memperbaiki kehidupan hamba-hamba dengan membentuk undang-undang yang melarang penyeksaan ke atas hamba-hamba Perubahan ini diteruskan oleh raja Chulallongkorn yang mana sistem penghambaan dihapuskan pada tahun 1874 bagi menonjolkan Siam sebagai sebuah Negara yang beradab dan bertamadun sama dengan negara Barat yang lain[14]. Kemajuan dalam bidang ekonomi hasil  daripada kesan Kolonialisme berbentuk  perjanjian  telah memberi kesan yang positif kepada Siam. 

4.3       Kemajuan komunikasi dan infrastruktur
Kesan Kolonialisme juga telah mempengaruhi kemajuan komunikasi dan infrastruktur di Siam , setelah Siam menandatangani Perjanjian Bowring . Raja Mongkut  melihat pentingnya  sistem pengangkutan jalan raya dalam bidang perniagaan ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk asing khasnya orang barat yang tinggal dan berniagan di Bangkok[15]. Pembaikan dan pembaharuan  sistem pengangkutan di teruskan pada zaman Raja Chulalongkorn apabila beliau sedar betapa mustahaknya  jalan keretapi .Landasan keretapi mula disiap pada tahun 1893.  Selain itu pemulihan  dan pembinaan  infrastruktur seperti Telegraf 1875, Telefon1881, dan Jabatan Post 1882[16] Ia diperlukan untuk membina sistem komunikasi yang pantas di antara kota dan wilayah atau antara kerajaan di Bangkok dan wakil-wakil di luar negara dan merupaka kunci perhubungan antara pemerintah kerajaan di samping dapat mengelak campur tangan kuasa asing di Siam.

4.4       Pendidikan
Dalam aspek pendidikan ianya turut dipengaruhi kolonialisme Barat. Pelajaran sebelum ini dikendalikan di kuil-kuil Budhha dan memperlajari agama Budhha sahaja. Selepas itu,  Mongkut memperkenalkan pelajaran Barat terutamanya dalam bahasa Eropah dan Ilmu sains. Baginda beranggapan bahawa pendidikan sebagai alat untuk menangkis pandangan rendah Barat terhadap Thailand. Baginda  turut berminat  dengan Bahasa Inggeris sehingga membaca buku dan surat khabar dalam bahasa Inggeris. Antara guru yang dibawa masuk untuk melaksanakan pelajaran Barat ini ialah di Siam ialah Anna Leonowens dan Robert Warrant[17]. Perubahan turut dilakukan oleh Chulalongkorn yang mana telah meminta bantuan pengawai British untuk mengelolakan sistem pelajaran di Siam. Kesannya pendidkan tidak lagi dijalankan di kuil-kuil Budha ini kerana penubuhan tiga buah sekolah kerajaan pada tahun 1890 yang keseluruhannya dikuasai guru-guru Inggeris.[18] Kesan Kolonialisme telah memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan di Siam.

4.5       Penubuhan Pasukan Polis 
 Temeterainya Perjanjian Bowring telah melihat jumlah penduduk asing yang tinggal di Bangkok bertambah ramai . Bangkok terpaksa menyediakan kemudahan asas dan meningkatkan imej Siam sebagai negara “ sedang membangun”. Mongkut telah menubuhkan pasukan polis untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda orang Barat di Bangkok. Walaupun Sistem Phrai -Nai menjaga keselamatan masyarakat Thailand tetapi pasukan polis ditubuhkan untuk menjaga keselamatan orang asing.[19]Langkah ini amatlah penting kerana dengan keselamatan yang terjamin , Siam dapat mencegah kuasa asing campur tangan dalam hal-ehwal negara dengan alasan menjamin kepentingan rakyatnya yang tidak mendapat perlindungan yang terjamin daripada pihak berkuasa .

4.6       Agama
Salah satu faktor yang menyebabkan Negara Asia kehilangan kemerdekaan ialah tidak menerima kemasukkan agama Kristian di negara mereka. Sebelum raja mongkut mengambil alih , rakyat majoriti menganuti ajaran Buddhism.  Pada zaman pemerintahan Mongkut, beliau telah memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih agama kepercayaan mereka sendiri.[20] Pada zaman pemnerintahan Raja Chulalongkorn pula hanya sedikit sahaja rakyatnya menganuti agama kristian . Chulalongkorn tidak menentang keras penukaran agama tetapi memberi hak kebebasan rakyatnya memilih agama  mereka sendiri ini kerana Chulalongkorn tidak mahu pertumpahan darah sesama bangsa berlaku akibat perbezaan agama dan menjaga hubungan baik dengan kuasa barat yang majoriti beragama Kristian.

5.0       Kesimpulan

 Secara kesimpulanya , kolonialisme Barat telah memberi kesan positif kepada Siam  dalam aspek politik, ekonomi dan sosial dalam mengekalkan kemerdekaan . Disini dapat kita lihat bahawa Perjanjian Bowring merupakan titik permulaan  kemasukkan pengaruh Barat ke Siam . Kebijaksanaan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn mencari jalan penyelesaian  dan menyelamatkan Siam daripada acaman penjajahan Barat amat dikagumi atas kebijaksanaan mereka sendiri menjaga kedaulatan Siam. 
BIBLIOGRAFI

David Joel Steinberg, Et al. .Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa & Pustaka.

D.G.E.Hall. 1984. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan & Pustaka.

Dr.Kobkua Suwannathat-Pian. 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan   Bahasa & Pustaka.

Likhit Dhira Vegin.1974. Siam and Colonialism (1855-1909) An Analysis Of Diplomatic  Relations. Thai Watana Panich Co.,Ltd : Perpustakaan Universiti Malaya.

Thawatt Mokaradong .1987., Sejarah Revolusi Thailand, terjemahan Wan Azahan Wan  Mohammad,   Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Walter F. Vella. 1955. The Impact Of The West ON Government In Thailand. University Of California Publications In Political Science: Perpustakaan Universiti  Malaya.





No comments:

Post a Comment